Monday, July 19, 2010

Jumaat ~ Kiamat makin hampir?!!

Aku nak kongsi menda nie ngan sumer..cuma sebagai peringatan untuk aku dah saudara2x seagama ku...
kaLu korang sumer perasan lar.....dari taOn lepas,kebanyakkan hari besar adalah pada hari JUMAAT... dalam AL-Quran ada menyatakan yg hari JUMAAT akan berlakunya kiamat,jd jOm kita lihat bertapa banyak perayaan yang jatuh pada hari JUMAAT sejak taOn lepas....

**Sama2 kita bukak kelendar yer...

1.  27-11-09,Hari Raya Aidiladha
2.  18-12-09,Thn Baru Hijrah
3.  25-12-09,Hari Natal
4.  01-01-10,Thn Baru
5.  26-02-10,Maulud Nabi Muhammad
6.  02-04-10,Hari Kematian Jesus (erk!! nie bkn perayaan,hehehe)
7.  28-05-10,Wesak day
8.  10-09-10,Hari raya Aidilfitri (mn taO?? jangkaan~)
9.  27-08-10,Nuzul Quran
10.05-11-10,Hari Deepavali

persOalannya: Adakah kiamat makin hampir??
- hanya ALLAH yg maha mengetahui

Thursday, July 15, 2010

bLog sempOi???

kadang2x xpaham gak...maklum lar aku nie "rabun" IT. sering bermain lam pikiran....
untuk apa blog dicipta??? kalu nak di belek suma bLog yg ada mmg x terbelek lar.....
mcm2 blog ada. untuk biz,personal, information.....
aku budak baru belajar....cam ner nak SEMPOI kan bLog erk????

**harap bantu =)
Thanks tO afif ( pengembara) kerna memperkenalkan aku BLOG

Wednesday, July 14, 2010

i likE !! i dOnt like !! ....

kau suka dia?? huh~aku x suka dia.....dia nie bLa...bLa....bLa.......
tp still gak aku kena cakap ngan dia...satu opis/kelas/rumah...... terpaksa r, dah kenapa dia tu lembab sgt/hudOh sgt/gedik sgt/bLa...bLa...bLa......

seringkali aku dengar ayat nie,dari aku kecik sampai la dah "berumOr" cam nie pOn...kat mana2 jer, mesti ada jer issue ni timbOl...acapkali plak 2,perlu ker?????~ ingatlah sahabat/saudara sekelian,kita pOn bkn sempurna..
yang lemah sama2 lah kita membantu,bukan mengata. Jika aku juga "org" yg dibenci, yg kekurangan, jadi bantulah aku =)

milkysmile

Pujian Milik Tuhan ~ Hj. Ashaari Muhammad

November 27, 2008
 
Kalau kita dicaci orang
Janganlah marah-marah kepadanya
Terima sahajalah dengan dada yang lapang

Cacat cela memang sifat hamba
Sama ada terang-terangan mahupun tidak nyata
Kalau boleh menerima cercaan orang
Ada harapan boleh membaiki diri kita

Jika orang memuji kita
Janganlah kita menerimanya
Pujian itu bukan hak kita
Ia milik Tuhan semesta

Tuhan sahaja yang layak menerima pujian
Kerana Dia sahajalah yang Maha Sempurna
Bila kita dipuji orang kembalikan sahaja kepadaNya


~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad

*NOBODY'S PERFECT =) selamat beramaL~

Sunday, July 11, 2010

Rindu Kamu

Saat nie tiba-tiba plak aku rindukan kawan-kawan sekelas ketika di IPT dulu...indah kenangan selama 3 tahun menuntut di POLITEKNIK KOTA BHARU dulu, 3 tahun sudah cukup untuk membuat ikatan persahabatan erat sehingga kini. Sesungguhnya kamu adalah teman,sahabat yang sukar dicari,rela bersusah senang bersama, memberi pendorong dan semangat buat aku yg sering hampir mengalah untuk mencari erti sebenar kehidupan. Terima kasih SAHABAT.


Photobucket

Friday, July 9, 2010

Peristiwa Israk Mikraj (27 Rejab


 Memandangkan hari ni hari Jumaat,marilah kita sama2 mengenang peristiwa Rasullulah pada peristiwa Israk Mikraj [selamat beramal =) ]!!!!


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Thursday, July 8, 2010

Paul si kurita peramaL tepat...lagi..lagi PAUL~

huhuhuu~ just nak meluahkan perasaan.....
knp la org taksub sgt sal si PAUL nie ntah,aku pOn pelik.....
hari nie sehari,walaupon xramai org kat ofis hampir 10 kali dengar nm si sotong nie~
arghhhhhhhh,xley trima kenyataan lar sotong jadi penilik.... kebetulan jer kot....
aku bkn mnat bola pon....xpeduli pon apa yg si sotong 2 ramal...betul ke tak xpenting bagi aku....
adeSs.... geram plak aku dengar MANUSIA mengagung-agungkan haiwan....
Hellooooo guys,dalam muka bumi nie MANUSIA adalah khalifah... manusia mempunyai akal haiwan tak...
jgn la sebab bola jer leh taksub ngan benda2 pelik cam nie...rimas mak, nyAhhhh....

nie pendapat aku la.....kaLu korang nak percaya n nak tahu ramalan si sotong nie wat per agi nak tgk bola kan...
dah taO sapa menang sapa kalah,mesti WC nie jadi x best...huhuhu. xyah dengar la ramalan sotong 2...surprise lagi best!!! =)

 

                                        
"Nie kalu masak wat sambal utk nasi lemak sotong pagi sOk musti sodap neh"

lElaki dAlam trAin

Arghhhhhhhhh!!! pagi-pagi lagi dah buat aku bengang.Hampeh punya org! pagi td aku naik train nak ke ofiS dari stesyen putra (kerinchi-ampang park)...pg2 cam biasa mmg "pack" giler org dalam train,so kena lar rapat-rapat....


Kat stesyen seterusnya plak aku terpaksa berganjak kedalam sikit utk bagi laluan pada penumpang lain... still dalam keadaan berhimpit,then tiba aku rasa org belakang mengeser-geser...huh!lelaki!! aku ganjak la skit ke tepi,jauhkan jarak antara aku ngan dia... tiba2 terasa pLak tangan dia sentuh aku... hiskk,apa punya org la,dah taO aku pOmpuan bagi lar space skit"... dalam kepala nie ingat nak menjerit jerk,tp bila pikir-pikir alek kalu dia xsengaja cam ner???? huh~ aku terpaksa la ambil alternatif lain,tanpa pedulikan personal space org lain aku rapatkan diri pada penumpang perempuan yang ada depan aku,huhuhu...cian dia kena himpit.. ahhh! pedulikan asalkan aku selamat,ngEee.


Bila dah rasa selamat aku jengOk-jengok ke belakang nak tgk sapa tuan empunya diri yg kurang sopan nak mengeser-geser kat org,perghhhhhhh.... tuttttt (malas nak kata aper2,hahhaha). Panas gak hati bila terpikirkan kejadian td,tp utk tidak men"dOwn" kan pagi hari aku, pikir je la positif...mamat nie xsengaja kot.


Sampai jer kat stesen Masjid Jamek, dia dah berada xjauh di sebelah aku, glabah jugak...tp sib baik ada amOi tetiba menyelit kat seblah,fuhhhhhh lega.. selepas beberapa saat aku perasan yg amOi 2 cam x selesa, ttb otak aku mula teringat balik keadaan td,perasaan nak tahu mula la membuak2, xsyak lagi!!!!! dia wat perkara yg sama....MENGAMBIL KESEMPATAN! jahanam punya org,...huh!cian amOi tu,dalam keadaan cam tu aku betOl-betol tak tahu nak wat per,aku cuma leh tlg amOi tu untuk jauhkan diri dari lelaki yg kurang didikan tu!! sampai skang aku masih teringat-ingat..BENGANG!!

p/s : buat lelaki-lelaki yg suka mengambil kesempatan ..........

Wednesday, July 7, 2010

"aTuk"

Atuk.wan,tok ayah masing2 ada panggilan sendiri pada seorang datuk. Aku plak panggil "wan"...org utara ...
aLkisahnya wan aku neh~ dari kecik sampai ke besar...langsung xnak bercakap ngan aku,bkn la pilih kasih tp mmg dia org yg sgt pendiam,dgn cucu lain pOn cam 2 gak.....cuma diOwang pandai "tackle" wan aku utk bercakap....

aku??? heeee...org diam,aku pOn diam lar...org ckp baru aku bercakap...aLa2x mengikut rentak sgt kan....
aku pOn  tak paham mcm mn lar nenek aku 2 leh idOp ngan wan aku tu...huhuhu~ (2 fikiran masa kecil la)... skang aku dah paham,setiap org ada kelebihan & kekurangan masing2x...

Ingat lagi 1st time wan aku bercakap ngan aku.... Hari Raya Puasa taOn 2009, lepas jer selesai sembahyang raya,jLn2 umah2 jiran yg dekat aku sekeluarga pun bertolak utk beraya umah wan... sampai jer kat umah wan, di hari raya yg mulia maka besalam-salaman lar....hehehe~ sampai jer giliran  aku salam wan tiba2 wan genggam erat tangan aku...wahhhh!!! terkejut lar jugak....then sambey senyum wan berkata "dah berisi cucu wan" waLaopun kata2 tu kurang menyenangkan telinga....tp aku rasa terharu,terkesima,perasaan bercampur baur~ 
kerna aku xsangka pLak dia sebenarnya memerhati cucu nie...huhuhuhuu... itu la kali pertama wan bercakap dengan aku dan juga kaLi terakhir. Terdetik dalam hati ni,dalam diam, wan tetap tahu perkembangan cucu2nya,...

7 July 2010,12.10am aku terima berita sedih dari kakak yg berada di kampung... katanya wan dah kembali ke rahmatullah.... sedih,piLu,terkilan dan kecewa kerana tak dapat pulang utk melihat jenazah wan buat kali terakhir, semoga roh wan dicucuri rahmat... AL-FATIHAH.....

bukan gambar sebenar..tp tak akan pernah lupa wajah "tOk wan"


Tuesday, July 6, 2010

side incOme!!!!

perghhhhh~ bawu ku tao, rupa-rupanya kita leh wat duit ngan bLog.... seLain dari persOnal biz kita leh dapat duit gak kalu mengadvertise kan iklan kat bLog...huhuhuuhu, betapa aku jahil dalam IT nie,hikhikhik...  hurm....skang mmg aku try utk ushar2 lubang nak carik duit lebey nie.... so,kepada yg nak membantu aku tunjukkan jln....so appreciate la..=)

Monday, July 5, 2010

lelAki daLam idOp ku.....

haih~ baru jer putus kasih dah ader pengganti...aiYarkkkkk!!! sll org ckp patah tumbuh iLang berganti....
apa nak wat cam ner erk kaLu hati dah suka...saLah ker kaL u kita cuba utk mengecap kebahagiaan...knp pLak nak bersedih n berseorangan aTas pemergian kasih yg x setia 2???....huhuhu.

Tak serik ker??? huiShhhhhh...SERIK SANGAT!!! ,bLajar dari pengalaman,...hurm,2 yg sll sgt mama pesan. xsalah mencuba...mencuba...cuba...dan cuba lagi. Tp 2 larr,tiap kaLi mencuba pasti terluka....knp la ssh sgt org nak menghargai erk?! peLik,yg ada di depan mata di biar2kan..tp yg jaOh nak diligan, urghhh!! whatever... wat sakit hati + kepaLa jer memikir~

Yang lepas biar jer berlalu, yg penting skang nie.... aku akan trOs cuba n mencOba utk jadi yg terbaik (walaupOn sukar,ehek) ....pada yg tersayang, cubalah utk setia. =)

Sunday, July 4, 2010

kehidupan baru~

taOn 2010, taon yg agak menyenangkan.....weeee~ (erk,da masOk tgh taOn baru nak citer,hahha!)... xper,kenang kembaLi,taOn 2009 aku seumpama lumpuh di hujung taOn..mYbe dosa bnyak kot,xabih2 dugaan menimpa,keja ntah aper2,perasaan terganggu,bersedih setiap hari (antara tanda2 xdiredhai)...huhuhu.

Tp dengan sedikit kekuatan yg ada,sedikit harapan yg dipinjam dari keluarga dan sahabat,...aku mampu melangkah semula, segala kesedihan terubat hari demi hari.... thanks pada yang sentiasa berada disisi....
Awal tahun 2010,aku diterima bekerja di syarikat swasta,walaO pon gj ckup2 makan kat koTa kL nie aku ttp bersYukur,aku mempunyai kerja, sedar x sedar sebnarnya banyak mahasiswa-mahasiswi yg masih menganggur diluarsana -Alhamdullillahhhhh-

Keredhaan??? aku muLa memperciapkan diri... lebih cenderung ke arah kebaikan,huhhu... org kata dah dapat hidayah, mungkin kot.. semoga aku diberi lebih peluang utk memperciapkan diri =) ...... azam taOn 2010 teLah "terlaksana" ( menutup aurat"pakai tudung&tidak berpakaian seksi lagi") yehUuuuuuu!!